
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian faraj sehingga ke bahagian peha dan buku lali
Hi, doktor.
Saya wanita berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah kegatalan pada bahagian luar dan dalam faraj sehingga ke bahagian peha. Ia menjadi lebih serius pada waktu malam sehingga menyebabkan gangguan tidur dan penggaruan telah menyebabkan ia melecet dan berasa pedih. Bagaimanapun, kegatalan tersebut hanya dirasai di sebelah kiri tetapi tidak di sebelah kanan. Selain itu, kegatalan tersebut turut dirasai di bahagian kaki iaitu di buku lali kaki sebelah kiri. Apakah rawatan yang patut saya lakukan atau ubatan yang perlu saya dapatkan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan kegatalan pada faraj, antaranya ialah:
Jangkitan kulat di faraj adalah jangkitan yis biasa atau dikenali sebagai Candida yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi ia boleh menjadi tidak selesa dan terus kembali. Untuk pengetahuan anda, ia tidak diklasifikasikan sebagai jangkitan seksual (STI). Para saintis menganggarkan bahawa kira-kira 20% wanita biasanya mempunyai Candida di dalam vagina tanpa sebarang simptom.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Rawatan jangkitan kulat faraj biasanya menggunakan ubat antikulat. Ubat in terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ubat makan, ubat yang anda masukkan ke dalam vagina anda (pessary) atau krim untuk melegakan kerengsaan. Jangkitan kulit faraj biasanya akan elok dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau menggunakan krim setiap hari.
Pemakaian seluar dalam yang dibuat daripada kapas boleh membantu mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan yis. Pengambilan ubat antibiotik ata antikulat untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj. Anda dinasihati untuk mengambil ubat antibiotik hanya selepas berunding dengan doktor supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepda anda.
Berkenaan gatal pada buku lali, kami memerlukan maklumat tambahan untuk membuat apa apa rumusan tentang itu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terima kasih.