Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kegatalan di bahagian wanita

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 11:05 PM

Sulit 54 hari

Saya wanita berumur 29 tahun. Saya sering merasa kegatalan die bahagian payudara. Apabila check di klinik, doktor beritahu ianya ialah disebabkan fungus atau kulit kering dan telah memberi krim sapu. Namun sampai sekarang ianya masih ada dan apabila saya garu ia telah meninggalkan kesan. Adakah ia salah satu tanda kanser payu udara?

Dr Ramzdhan 54 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Atopic dermatitis
  2. Kulit kering
  3. Jangkitan kulat
  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda lain untuk gejala kanser payu dara ialah:

  • Bengkak pada sebahagian payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  • Ketulan pada bahagian ketiak

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 23:05:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Penyakit Kulit dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Kulit saya bersisik pada bahagian lengan kaki dan muka Salam sejahtera, sejak kecil lagi saya sering mengalami masalah kulit bersisik dan beberapa bari ini ia dituruti dengan rasa gatal dan kemerah-merahan. Boleh Doktor terangkan punca berlakunya ma… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Kulit gatal-gatal lepas balik dari hiking Salam sejahtera doktor. Sy baru balik dari hiking semalam. Dah mandi guna sabun semua. tapi, gatal masih. Sebab apa ye doktor? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Leher bonjol/ ketumbuhan Assalammualaikum & salam sejahtera. Leher saya ada bonjol, bila ditekan tidak rasa sakit. Bila makan pon tidak rasa sakit begitu juga minum. Apakah ianya 1 penyakit? Penyakit apa yg saya alami i… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Kulit tangan gatal dan merekah Saya wanita berumur 20-an. Saya perasan, tangan saya cepat kering dan merekah sehingga kadang-kadang ianya berdarah. Saya perasan masalah ini berlaku dan semakin parah sekiranya saya banyak menc… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Saya mengalami masalah jerawat cystic kulit berminyak dan parut berlubang Salam, saya lelaki berumur 22 tahun saya mengalami jerawat cystic, kulit berminyak dan parut berlubang selama 6 tahun. Adakah saya perlu mengambil accutane atau praventac?..terima kasih dr Baca lagi...
11 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi