joannedebrajohn
6 tahun
Kegatalan pada faeaj
Saya Die berumur 17 tahun. Saya mengalami kegatalan pada faraj saya dan menyebabkan saya tidak selesa walaupun saya mencuci nya. Kegatalan ini berlaku kadang-kasang sahaja. Mengapa ya doktor? 
6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
• Penggunaan estrogen secara ubat makan
• Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
• Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
• Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
• Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!


































