
Sulit
5 tahun
Kegatalan yang teruk pada miss V
Saya berusia 45 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya juga sudah kali ke 3 menjalani pembedahan membuang cyst (endometriosis). Yang ke 3 itu pada pertengahan bulan febuari 2019. Dan hingga sekarang saya masih dalam rawatan susulan setiap bulan ‘check up’ dan ambik injection zoladex serta makan ubat hormon premarin. Selama itu juga la period saya tidak datang sebab doktor yang merawat saya cakap tempat (peranakan/rahim) perlu di keringkan kerana itu saya kena ambik ubt dan injection setiap bulan. Masalah yang timbul dari itu, miss v saya jadi kering dan mengalami kegatalan yang amat teruk skali. Saya ada berjumpa doktor biasa (bukan doktor pakar) dan doktor ada bagi ubat sapu dan pencuci miss V sahaja. Ubat sapu hanya bertahan seketika saja, bila kegatalan terjadi dan saya mengaru, miss V saya jadi melecet dan buat ianya jadi lebih teruk. Apa solusi bagi masalah saya ni doktor…kadang-kadang saya merasakan macam ada benda yang merayap atau bergerak-gerak di bawah permukaan kulit miss v saya…Bantu saya, doktor!!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan anda boleh dikurangkan dengan mencuba beberapa langkah seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Krim estrogen pada kemaluan
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.