Anonymous
6 tahun
Keguguran pada awal kandungan
Sy wanita berumur 33thn. Menyidapi prnyakit multiple sclerosis. Pada pertengahan bln 4 lalu sy dapati piriod sy lambat. Slpas hmpir smgu lambat pregnant test yg sy buat menunjukkan tnda +. Atas sbb kesihatan sy mndapatkn ubt untuk mengugurkan kandungan ini. Masa sy ke klinik utk mngetahui berapa bulan kandungan dr megesahkan kandungan sy dlm 5 atau 6minggu. Jd sy mndapatkn ubt utk mengugutkan kndungan ini ats sbb2 penyakit yg sy hidapi. Pd 4hb slps 42jam sy megambil ubt trsebut telah keluar seperti satu ketulan daging dan darah. Slpad itu shingga smlam darah masih klr ttpi tidak byak seperti 2minggu petama. Slps hari ke 15 hanya sedikit darah shja msh ada beserta darah2 beku ketulan2 darah beku. Smlm pula ttba klr seketul darah yg lebih besr dari sllu. Wrna hitam pekat sperti warna hati ayam. Dan hari ni darah mula klr seperti piriod. Darah merah pekat. Sy juga mula ada tanda2 nak demam. Apa yg ptt sy lakukan. Adakah ada jangkitan disebabkn keguguran . Harap bantu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan keguguran janin iaitu:
Faktor genetik
Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
Jangkitan
Merokok
Terdapat juga beberapa jenis keguguran dan salah satunya dikatakan sebagai “Septic Miscarriage” yang boleh menyebabkan demam dan mengalami keguguran.oleh sebab anda telah pun mempunyai faktor – faktor risiko adalah amat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.





























