misninna91
3 tahun
Keguguran sebanyak 2 kali
Saya seorang wanita suri rumah yang berusia 30an…baru baru ini saya mengalami keguguran untuk ke 2 kali selepas keguguran selang 5bulan lalu,saya ada 3 org anak dan anak paling last saya berusia 4tahun dan untuk rekod saya tidak haid selama 2tahun lebih.Sebelum ini saya ada rekod kesihatan dan pernah masuk hospital selama 2 minggu berkenaan darah dalam badan saya terkena jangkitan serta buah pingang saya hampir kering…Alhamduliah saya okey selepas dri beri Antibiotik.tetapi apa bila saya mengandung,kandungan saya akan jatuh dengan sendirinya…selain itu jua saya mengalami keputihan sedkit tetapi tdk berbau atau gatal…ada kah saya tdk boleh mengandung lg atau rahim saya mempunyi masalah
mohon penjelasan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, punca berlaku keguguran adalah disebabkan perkara berikut.
Punca Punca Keguguran Janin:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hiperthiroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
- Trauma
Kebiasaannya doktor tidak memberi sebarang ubat untuk menguatkan rahim dengan sewenang-wenangnya. Memandangkan anda sedang mencuba untuk hamil, anda disarankan:
- mengambil asid folik
- makan makanan sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.