
Sulit
4 tahun
Kegunaan Face mask untuk apa
Di mana saya boleh dapatkan face mask. Gov dan kkm suruh pakai face mask. Tapi bekalan di farmasi tiada. Harga kawalan tiada. Kami rakyat bukan org kaya . Harga sekeping rm5. Kkm tak da ke bagi percuma

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19 memandangkan dunia sedang digemparkan dengan wabak ini. Kami tidak boleh mengulas tentang jumlah topeng muka ini memandangkan hal ini ialah masalah dunia. Stok topeng muka sedang berkurangan dan kebanyakannya telah pon habis termasuk farmasi atas talian kami. Kami akan cuba mendapatkan stok secepat mungkin. kegunaan topeng muka adalah lebih kepada pesakit yang mempunyai gejala seperti batuk dan selesema. Hal ini untuk mengelakkan cecair yang dikeluarkan dari paru-paru terkena pada permukaan atau orang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.