Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya ingin kepastian adakah penggunaan nano mist spray yang sekarang banyak berada di pasaran dapat membantu mengurangkan penyebaran wabak covid19? Jika benar, apakah produk yang terbaik & apakah kandungan cecair yang sepatutnya digunakan untuk penggunaan alatan nano mist spray ini? Jika tidak benar, apakah justifikasi doktor?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanya tentang keperluan penggunaan nano mist spray. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk pengetahuan anda, Nano Mist Spray bukanlah alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas. Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti:
Diharap informasi ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.