Anonymous
6 tahun
Kehamilan dan masalah period tidak teratur
Saya wanita berumur 23 tahun dan saya sudah berkahwin (5bulan) pd tahun ini. Soalan saya adakahh saya susah untuk hamil kerana mempunyai masalah period yang tidak teratur.
Saya mula period pada umur 14 tahun dan mmg sejak awal lagi mmpunyai masalah dgn haid tidak teratur. Adakah saya akan susah untuk merancang kehamilan ?
Period yang tidak teratur yang lewat sehingga 2-4 bulan adalah perkara biasa dgn saya .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah haid tidak teratur mempunyai pelbagai sebab. Jika tiada kedatangan haid, maka tiada ovulasi berlaku dan peluang kehamilan menjadi semakin rendah. Untuk anda mendapat peluang kehamilan, siasatan mengenai punca haid tidak teratur perlu dilakukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























