
Sulit
5 tahun
Kehamilan dan tanda bersalin
Saya sedang hamil 37 minggu. Saya selalu sakit pinggang hingga ke kaki. Tidak ada turun tanda. Faraj juga mula membengkak. Saya ingin ke hospital. Tapi saya takot doc minta saya balik. Adakah ini tanda bersalin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Braxton hicks iaitu kontraksi pada bahagian rahim yang berlaku secara berkala
- Tanda-tanda bersalin awal (gejala berkaitan bilangan kontraksi dan tahap kontraksi, sakit belakang dan sakit kaki, pecah air ketumban)
- Masalah anggota di bahagian bawah perut kanan; radang appendiks, penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease), masalah ovari (Ovarian cyst)
Sakit pinggang mungkin merupakan tanda bersalin. Namun, tanda yang sering dialami ialah sakit pada bahagian rahim yang kerap berlaku dalam masa yang singkat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.