Sulit

2 tahun

Kehamilan di awal usia

Saya wanita yang berusia 22 tahun. Sebelum ini period saya teratur mengikut bilangan yang dikira. Last period saya pd 19 Februari sehingga 23 februari. Period datang hanya lima hari sahaja, waktu lebih singkat berbanding yang sebelum ni iaitu tujuh hingga lapan hari. Manakala 24 febuari saya telah Bersama suami. 5 dan 11 march pula saya bersama suami. Dan sepatutnya 17 march saya datang period tetapi sampai ke hari ni belum datang lagi. Dah 7 hari lewat datang period. Saya membuat pregnancy test sendiri pada 17 march dan didapati line kedua naik samar samar (faint line). Manakala pada 18 march naik line sedikit terang. Dan 19 march naik line dengan jelas. Adakah ini saya mengandung ? Hal ini membuat saya risau kerana saya dan suami pjj (penjarakan jarak jauh). Jika betul saya mengandung sudah berapa minggu kandungan saya ini ? Bole doctor terangkan sedikit hal mengenai masalah saya ?

Saya juga hanya merancang kehamilan saya sendiri dan tidak menggunakan apa apa protection… boleh doctor suggest kan cara untuk merancang ?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, usia kandungan (gestational age) akan dikira oleh doktor dengan menggunakan tarikh hair pertama haid yang terakhir. Untuk puan tarikh ini ialah 19 Februari. Jika puan hamil, minggu ini ialah minggu ke-5 puan.

Ujian kehamilan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Hormon ini dikeluarkan oleh kandungan. Ujian ini boleh mengesan kehamilan kira-kira dari minggu ke-4 hingga ke-6. Bagi memastikan jika anda betul-betual hamil, anda boleh pergi ke klinik ibu anak atau klinik kesihatan yang terdekat dengan anda untuk membuat “booking”. Doktor akan membuat imbasan ultrasound untuk memeriksakan keadaan kandungan.

Terdapat beberapa cara untuk merancan keluarga. Antara cara yang lebih banyak digunakan ialah:

  • Kondom lelaki - cara ini merupakan cara yang paling mudah digunakan dan juga boleh mengelakkan sebarang penyakit kelamin.
  • Pil hormon perancang (Oral Contraceptive Pill - OCP ) - pil ini mengandungi hormon dan anda perlu mengambil pil mengikuti jadual. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis pil perancang, dan sebelum anda mengambil pil ini anda harus merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk memilih pil yang paling sesuai untuk anda.
  • Alat Dalam Rahim (Intrauterine Device - IUD) - peranti ini mengandungi tembaga yang boleh mengurangkan jangka hayat sperma. Ini dimasukkan ke dalam faraj anda dan akan duduk di dalam rahim selama sekitar 3 hingga 5 tahun.

Saya menyarankan agar merujuk kepada doktor ibu anak untuk mendapatkan pemeriksaan dan sebarang vitamin atau ubat yang diperlukan jika anda hamil. Anda juga boleh bertanya lebih tentang cara perancangan keluarga. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_466523577%20copy
AdobeStock_285195315

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)