
Sulit
3 tahun
Kehamilan di trimester pertama
saya wanita berumur 21 tahun saya sedang hamil 6 minggu saya sering mengalami sakit perut dibahagian bawah perut dan sering kembung perut, adakah itu normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan puan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami amat memahami keadaan anda sakit dan kembung perut ketika tengah mengandung.
Terdapat banyak faktor kenapa perut boleh sakit ketika hamil. Ia boleh berpunca dari fisiologi dan respon tubuh yang normal disebabkan oleh:
- peningkatan tekanan abdomen akibat fisilogi kehamilan
- perubahan struktur rahim dan organ kehamilan yang lain
- perubahan fisiologi yang lain seperti implantasi dan pembesaran plasenta
atau ia boleh berpunca daripada masalah lain seperti:
- Ganguan saluran pencernaan
- Kesakitan pada otot abdomen
- Gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk doktor yang memantau kehamilan atau berhubung dengan kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor