
Sulit
4 tahun
Kehamilan kembar yang tidak daapat dipastikan. perlu penjelasan dari doktor terima kasih
assalam dan salam sejahtera doktor.
isteri saya hamil dan usia kandungan berusia 13 minggu 5 hari. kami baru sahaja check up di klinik swasta dan membuat 3d scan dan doktor sahkan ada dua kantung tetapi hanya satu kantung yang ada baby satu lagi tak nampak. doktor klinik tak dapat sahkan dan meminta refer kepada klinik kesihatan. di KK pula doktor memang tidak dapat sah kan kembar kerana scan yang tidak jelas dan kemungkinan ada salur darah yang membelit baby. kes isteri saya akan dihantar ke hospital sultan ismail untuk rujukan pakar. soalan saya apakah sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam kes isteri saya ini?..

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
“Blighted ovum” atau kantung kosong boleh berlaku pada awal kehamilan, sebelum wanita tahu bahawa mereka mengandung. Anda mungkin mengalami tanda-tanda kehamilan seperti tempoh haid yang terlepas atau lewat dan juga ujian kehamilan yang positif. Ramai wanita menganggap kehamilan mereka normal kerana tahap hCG mereka semakin meningkat walaupun sebenarnya tiada janin yang membesar.
“Blighted ovum” berlaku apabila implan telur (ovum) disenyawakan dalam rahim (uterus), tetapi bayi tidak tumbuh. Istilah perubatan adalah “anembryonic pregnancy”. Malangnya, apabila ini berlaku, ia mengakibatkan keguguran awal.
Plasenta boleh terus tumbuh dan tanpa bayi untuk masa yang singkat, dan hormon kehamilan boleh terus meningkat, yang akan menyebabkan seorang wanita percaya dia masih hamil.
Diagnosis biasanya hanya dibuat dengan ujian ultrasound menunjukkan sama ada rahim kosong atau kantong gestational kosong. Jika doktor tidak dapat mengesahkan keadaan semasa, mungkin kerana janin terlalu kecil atau masih belum dapat dilihat dengan scan. Skan susulan akan dijalankan bagi melihat jika kandungan masih tidak mempunyai degupan jantung atau sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.