
Sulit
4 tahun
Kehidupan Bercelaru Dalam Kehidupan
Hai doktor. Saya merupakan seorang pelajar perempuan kolej. Saya akan terangkan mengenai masalah yang saya hadapi hampir 7 tahun. Dari dulu saya suka bersendirian di sekolah. Maksudnya saya ramai rakan tapi saya lebih memilih hanya 1 orang rakan untuk menjadi kawan baik. Bukan itu sahaja, malah saya larang dia untuk bergaul dengan budak lain sebab takut dia akan jauh dari saya. Pada mulanya masuk kelas @ awal persekolahan, saya merupakan seorang yang peramah namun lama kelamaan saya mula menarik diri dari bergaul secara berkumpulan. Apabila saya berada di tempat jauh dari kedudukan rakan rakan kami yang berlumpulan, saya berasa mereka mengumpat perkara buruk tentang saya. Saya juga tidak berminat aktiviti sukan kerana bagi saya itu sangat leceh. Saya juga sering bergaduh dengan ramai guru dan sangat berani mengambil risiko. Saya juga sering mencabar guru2 saya untuk mengambil tindakan ke atas saya. Apabila saya membuat suatu kesalahan, saya sering berasa satu sekolah tahu mengenai saya. Apabila di rumah, saya berasa seperti berita menyiarkan tentang saya. Perkara itu menyebabkan saya rasa takut hingga sejuk dan terketar ketar. Kadang kadang saya menjadi seorang yang sangat penakut dan kadang kadang menjadi seorang yang sangat berani. Saya juga kadang mudah marah dan beberapa seketika menjadi seorang ceria dalam masa 4 ke 3 minit. Saya juga buat sementara sering rasa mahu mengamuk, bunuh diri, bunuh seseorang dll. Saya sangat marah terhadap kritikan walaupun secara baik dituju pada saya. Apa yang pelik, kadang kadang apabila saya buat kesalahan, saya berasa sangat takut… Dan beberapa saat semula, saya berbicara sendiri dan berkata betapa hebatnya saya dari semua orang kerana boleh mencabar guru2 untuk mengambil tindakan atas saya. Contohnya, saya ke tandas dan memandang cermin, serta merta saya jadi lain. Pada mulanya apabila saya membuat salah, saya jadi sangat takut. Apabila beberapa minit berlalu saya menjadi sangat berani dan berkata ayat ayat sokongan buat diri saya dan saya perasan saya paling hebat dari semua orang. Saya sedar banyak perubahan tingkah laku dalam diri saya. Sebagai contoh saya berasa banyak personaliti namun saya sedar apa yang saya buat atau berkata kata. Namun saya mudah lupa seperti nama saya, warna baju, tarikh dll namun lupa hanya dalam masa 3 ke 4 minit. Saya sering dengar suara berbisik menyuruh saya berbuat itu ini menghasut saya, ketawa atau memanggil saya. Selain itu, saya nampak kereta di koridor flat ingin melanggar saya, terasa seperti diikuti, nampak biawak dalam bilik, anjing di atas meja makan dsb. Saya juga sering terasa dicekik dan berasa banyak serangga di tubuh saya. Kadang kadang saya plan cara untuk bunuh diri. Saya merupakan seorang yang lemah lembut dan baik serta rajin, namun boleh menjadi seorang yang pemalas, pendendam dan kuat memberontak dalam masa 2 ke 3 minit namun saya sedar perubahan saya. Saya juga sering makan terlalu banyak atau tidak makan langsung. Saya mudah berasa takut hingga terketar ketar apabila berada dalam lingkungan orang ramai namun itu tidak kekal kerana hanya jadi sementara sahaja saya akan berubah seperti biasa semula. Paling memilukan, setiap situasi saya alami, saya berasa seperti kehilangan waktu dan berasa seperti itu khayalan dan mimpi saya. Saya seperti tidak sedar bahawa saya alami perkara itu. Saya juga takut untuk bertentang mata dengan lelaki kerana saya mudah rasa terangsang. Bukan kehendak saya namun mungkin itu terjadi selepas dapat gangguan seksual semasa kecil. Paling mengelirukan, saya mula jadi lain apabila bersendirian. Ini kerana kadang kadang saya boleh jadi normal… Saya juga mudah rasa ingin bunuh seseorang jika dia membuat saya marah walaupun hanya hal kecil. Namun saya masih boleh kawal tangan saya untuk berbuat demikian. Saya tak mahu lukai atau mencederakan seseorang, namun bila saya fikir semula, tiba2 saya berkata pelik. Contohnya diri saya yang lain berkata minta saya bunuh saja dan mengatakan kata kata kesat apabila saya tidak mahu berbuat demikian. Dan saya juga membalas semula diri saya lagi satu itu dan cuba berkata baik dan tidak menjadi jahat. Namun, satu lagi dari diri saya berkata perli pada saya bahawa acah2 baik dsb. Saya sangat keliru bagaimana pula 3 orang dalam diri saya berkata kata pada saya padahal perkara itu saya sedar? Saya sering memasang earphone volume up lagu rancak walaupun pun saya sedih. Saya juga mempunyai satu perasaan lain. Contohnya, setiap apa yang jadi pada saya, seperti ada roh atau semangat tertentu yang mengawal saya. Setiap orang yang saya baru kenali terutamanya wanita lebih berusia, saya sering beranggapan bahawa dia ialah ibu kandung saya sedangkan saya sudah mempunyai ibu kandung… Dan perkara sama berulang kepada wanita lain juga yang baru saya kenali. Saya syak, mungkin ini terjadi disebabkan saya amat bencikan ibu saya atas hal2 tertentu. Saya percaya saya ialah paling hebat, tumpuan ramai, keutamaan semua orang dll. Saya bencikan ibu saya dan juga sering memberontak, namun tiba2 boleh menjadi sangat sayang pada dia. Sejujurnya, saya pelik atas kelakuan saya namun saya sedar perkara itu. Saya berasa seperti ada diri saya yang lain… Saya juga mudah suka guru lelaki saya dan mula menganggu hidupnya. Begitu juga pada guru2 lelaki yang lain. Saya sering menganggu hingga dalam masa 1 ke 3 tahun. Saya berasa seperti bukan saya, namun saya sedar yang buat begitu ialah saya. Saya sendiri pelik dengan tingkah laku dan personaliti saya yang banyak ini. Saya juga mempunyai rasa percaya bahawa seseorang yang baru mengenali saya mempunyai perasaan ingin tahu diri saya. Saya mudah gelak seorang diri tiba2 menjadi marah dan mengamuk atau menangis. Saya juga sering melakukan tindakan berulang. Contohnya, sering menukar nombor telefon berulang kali atas alasan bukan nombor pilihan saya. Saya juga sering mencuci telefon banyak kali, buat account media sosial banyak kali dan delete semula, buat semula serta reset phone banyak kali hingga 1 hari sahaja,print borang hingga berkali kali dan buang akibat kedut sedikit dll. Kadang kadang saya berasa saya seperti roh, manusia jadian, haiwan jadian dsb. Saya benar benar keliru dengan diri saya. Saya juga berasa artis kesayangan saya cintakan saya serta apabila terjadi bencana alam, saya percaya ia mempunyai kaitan dengan saya. Boleh doktor terangkan masalah saya dan apakah semua ini simptom penyakit lain terhadap diri saya? Mohon penjelasan, terima kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala over thinking dan tertekan sememangnya lazim ditemukan pada saat ini mahupun diluar waktu pandemik. Yang jelas gejala emosi yang tidak stabil perlu diberikan perhatian dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- dll.
Walaupun ia mungkin terkait dengan masalah hubungan yang anda hadapi, namun buat masa ini, anda tetap disarankan untuk berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.