
Sulit
5 tahun
Kekeliruan ubat antibiotik
saya nak tanya ubat antibiotik boleh dimakan untuk penyakit ke? sebab saya mengalami sakit ketika membuang air kecil, jadi boleh ke saya mengambil mana-mana antibiotik??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda tidak boleh mengambil mana-mana antibiotik untuk merawat penyakit anda. Hal ini kerana, antibiotik yang digunakan bergantung pada jenis kuman.
Masalah sakit kencing boleh disebabkan pelbagai perkara:
- jangkitan salur kencing
- batu karang
- Jangkitan kelamin
Setiap penyakit memiliki rawatan yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.