
Anonymous
6 tahun
Kelamin tegang tak lama, cepat pancut,
kebiasaan nya bile nak start bersetubuh, kelamin akan tegang sebab rasa ghairah, dan apabila saya buat tusukan, tak sampai 1minit sudah ejakulasi, kadang2, semase bersetubuh, kelamin tegang, dan saya mencapai kondom, tetapi ketegangan nya turun , dan ambil mase 5min untuk kembali tegang. dan selepas pancut kali pertama, saya mengambil masa mencapai ketegangan lagi dalam masa 15min+ dimana isteri sudah tidak mahu lagi bersetubuh.

6 tahun
Hai, Selamat Sejahtera Encik. Terima kasih untuk soalan encik.
Mati pucuk atau dikenali sebagai erectile dysfunction ialah merupakan satu situasi di mana seorang lelaki gagal untuk mencapai ereksi yang membolehkan aktiviti seksual seperti bersetubuh dan masturbasi daripada berlaku.
Kebanyakan daripada pesakit-pesakit yang mengalami masalah ini adalah daripada kalangan golongan yang telah berusia. Mereka merupakan golongan yang semakin meningkat usia dan mempunyai pelbagai risiko-risiko yang boleh menyebabkan mati pucuk seperti kencing manis, kolesterol tinggi, gaya hidup tidak sihat, obesiti, kegagalan tisu endothelial, hormon yang semakin berkurangan dan faktor usia itu sendiri.
Untuk merawat mati pucuk, doktor perlu mengenalpasti punca-punca dan maklumat-maklumat yang lebih terperinci berkenaaan pesakit. Jika pesakit tersebut masih muda serta mempunyai gaya hidup yang tidak sihat dan berat badan yang berlebihan, adalah digalakkan supaya pesakit mencuba untuk menukar gaya hidup yang lebih sihat terlebih dahulu dan berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ia boleh membantu di dalam merawat kondisi mati pucuk.
Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan-rawatan yang boleh digunakan di dalam merawat kondisi mati pucuk. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih