
sshasurii
5 tahun
Kelenjar bawah lidah
Kawan saya selalu mengadu sakit lidah. Then haritu bengkak bawah lidah and menyukarkan dia nak makan and bercakap. So,i suruh dia pergi check up kat hospital, doktor bagi painkiller and antibiotik. Sakit tu hanya reda lepas makan painkiller. Doktor ada bagi next appointment on 23 July 2019. Tapi along the way nak tunggu tarikh tu, sakit dia tak reda. So any suggestion for him like ubat ke apa ke.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kalenjar bawah lidah boleh terjadi akibat:
- Jangkitan kuman
- Radang kalenjar - disebabkan penyakit auto-imun
- Formasi batu didalam kalenjar air liur
- Ketumbuhan dalam kalenjar air liur
Pengambilan antibiotik juga amat penting sekiranya doktor telah mengesahkan bahawan bengkak kalenjar air liur tersebut disebabkan jangkitan bakteria. Hal ini kerana ubat tahan sakit sahaja tidak mencukupi bagi mengatasi masalah tersebut. Sekiranya kesakitan masih tidak hilang, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi merujuk masalah ini atau bercakap secara privasi dengan kami di link ini (DoctorOnCall) .