Sulit

21 bulan

Keliru , adakah saya mengandung?

Saya mengalami keguguran (5 minggu) pada 25/6 yang lepas. Selepas 13 hari, darah sudah berhenti. Saya sudah melakukan follow up untuk scan. Doktor mengatakan keguguran saya sudah sempurna. Pada 13/7 saya melakukan upt dan mendapati keputusan positif tetapi garisan terlalu kabur. Dan saya terus melakukan upt pada 14-16 hb, keputusan negatif.
Untuk makluman doktor, saya telah melakukan ovulation test pada 9/7 dan keputusan positive.
Saya telah melakukan hubungan intim dengan suami sekitar waktu ovulasi saya.
Pada 17hb saya merasakan cramping dibahagian rahim dan pinggang belakang.
Kemudian saya telah melakukan pregnancy test pada 18hb sebaik sahaja bangun dari tidur dan saya dapati keputusan nya positif.
Saya sangat terkejut. Tetapi saya cuba bertenang dan melakukan test sekali lagi pada 19hb…keputusan negatif.
Jika pengiraan saya betul, period saya sepatutnya datang pada 20hb ini.
Soalan saya:

  • adakah saya mengandung?
    -jika ya, kenapa keputusan saya sekejap positif dan esoknya negatif? Adakah sebab saya check terlalu awal?

Terima kasih doktor

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Pihak kami memahami kebimbangan dan kekeliruan anda tentang ujian kehamilan yang diambil. Saya akan cuba memberi penerangan.

Untuk makluman pihak puan, salah satu faktor untuk mencapai kehamilan, selain melakukan hubungan seksual pada waktu sekitar ovulasi adalah dengan melakukan hubungan seksual yang kerap. Ujian ovulasi hanya memberi gambaran waktu kesuburan anda dan tidak boleh memberikan waktu ovulasi yang tepat.

Bagi ujian kehamilan pula, terdapat pelbagai faktor keputusan ujian yang berbeza. Contohnya kit yang rosak, atau cara melakukan ujian yang salah. Gejala seperti cramp di bahagian pinggang bukanlah gejala yang spesifik untuk kehamilan.

Memandangkan anda sudah hampir tiba waktu haid, anda boleh lakukan ujian kehamilan jika anda dapati haid anda lewat selepas seminggu atau dua minggu dari tarikh haid anda sepatutnya datang.

Anda juga boleh merujuk kepada doktor untuk konsultasi dan penerangan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor kami. Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

ujian-kehamilan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)