Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kelopak mata lambat naik apabila berkedip

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 18, 2021 1:42 PM

Sulit 47 hari

Sy wanita 30an… Beberapa ari lepas, kelopak mata kiri sy lambat naik apabila kelip mata… Mata kanan da naik sempurna, tp belah kiri lambat sedikit… Sy pernah buat pemeriksaan mata, tidak rabun… hanya 0.25… Tp dikatakan mata sy sensitif terhadap cahaya… utk makluman sy kerja sntiasa menggunakan komputer… Dah buat pemeriksaan di klinik, doktor hanya beri ubat titis dan mengatakan mata sy kering… Adakah kelopak mata lambat naik salah satu gejala mata kering? Atau ia kesan sensitif cahaya dan kesan keje di hadapan komputer? Atau adakah ia dikatakan lazy eye? Atau ia merupakan tanda awal strok/bells palsy…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami gejala sedemikian:

  • Lazy eye
  • Mata kering
  • Masalah tiroid
  • Horner’s syndrome
  • Bell’s Palsy

Kini anda tidak perlu risau dengan mata anda. Lihat di sini untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!

Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda memantau keadaan anda dan berjumpa dengan doktor pakar untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis.

Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan anda memandangkan maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.

Sekiranya anda memerlukan maklumat terperinci mengenai masalah anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami di atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jan 18 2021 13:42:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Mata tentang sakit mata secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA