
Sulit
5 tahun
Keluar cairan dari faraj
Saya wanita dalam 20’an beberapa hari lalu saya berhubungan intim dengan suami saya, selepas beberapa hari saya mengalami luka, dan kemerahan sehingga memyebabkan keluarnya cairan pada faraj dn biji2 seperti ruam pada bibir faraj, sewaktu hendak membuang air kecik sakit pedih semua sekali saya rasa…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemaluan pedih dan mempunyai ulser/luka boleh disebabkan:
- Ruam akibat kurang pelincir ketika hubungan kelamin
- Penyakit kelamin
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.