
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair coklat semasa hamil
Saya wanita berumur 32 thn. Saya mengandung kali kedua (kali pertama abort). Now semalam bru je scan kt swasta , doc ckp dh 7m, n degupan jntung baby pn dh dgr.balik dr klinik, saya dapati ad keluar cecair coklat sms saya buang air kecil dan ini cecair coklat ini keluar lagi semasa buang air kecil di waktu maghrib dan subuh.kuantiti cecair trsebut aroun 2- 3titis. So knp ye dr? And ape yg perlu sy buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, gejala yang anda alami adalah ‘spotting’ atau pendarahan sedikit boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.