
Sulit
4 tahun
Keluar cecair dari kemaluan dan rasa pedih
Saya lelaki berumur 23 tahu… Pada alat sulit saya seperti keluar cecair atau nanah… Dan pedih apabila buang air kecil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui soalan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda terangkan, seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan prostat
- Jangkitan pada kulup (Balanitis)
- Jangkitan yis
- Penyakit jangkitan kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanya kesimpulan am tentang masalah anda. Disebabkan kekurangan maklumat saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang sempurna kerana masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.
Jangkitan mengganggu hubungan mesra anda? Doktor pakar sedia membantu