
Sulit
3 tahun
Keluar cecair jernih
Hello doktor, sy nak tnye. Sya dah lewat dtg period…last dah period bulan puasa.siang td sy ad buat senaman.selepas tu ad kluar cecair jernih…? Adakah kandungan sy baik2 shj?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Saya memahami kebimbangan anda tentang cecair yang jernih yang keluar dan anda telah mengalami haid yang lewat.
Untuk pengetahuan anda, cecair yang jernih ataupun keputihan yang keluar boleh menjadi perkara yang normal jika bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Ia juga adalah perkara yang biasa berlaku pada wanita yang hamil.
Namun bertanda perkara yang serius jika ia berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu, mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau yang boleh berlaku disebabkan penyakit seperti:
- jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
- ketidaksemibangan hormon
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.