Anonymous
4 tahun
Keluar darah dari mulut
Assalamualaikum Dr. Sy wani umur 22 tahun, dua tiga hari ini saya perasan yg ada darah keluar tiba2 dr mulut tp darah itu yg bukan keluar melaui salur dr tekak tp keluar dari salur lelangit dibawah hidung. Keluar tak byk hanya satu ludahan air liur sahaja . Apakah masalah yang sy alami ? sebelum ni sy tak pernah mengalami gejala seperti ini.Mohon pencerahan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kecederaan pada lelangit mulut anda - seperti terkena tulang
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.