
Sulit
4 tahun
Keluar darah haid hampir tiap 2 minggu
Saya remaja 17 tahun. Hampir tiap 2 minggu haid saya keluar. Tiap 2 kali haid pasti saya berasa sakit di bahgian pinggang dan bawah perut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari dan tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika kitaran haid anda konsisten walaupun pendek, ia mungkin tidak membawa apa-apa masalah. Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!