
Sulit
5 tahun
Keluar darah lepas D&C
Saya wanita berumur 28 tahun. Baru lepas D&C pada 7 Feb 2020 baru baru ni kerana kantung kosong. D&C pada usia kandungan 11 minggu. Saya keluar darah sampai sekarang. Sudah 17 Hari. Kadang kadang sehari tak keluar darah pastu esoknya datang darah balik. Adakah ini normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pendarahan selepas keguguran adalah perkara normal jika berlaku selama seminggu atau kurang. Hadir ke klinik dengan segera jika anda mengalami pendarahan dengan banyak, berketul, demam, cecair berbau, sakit pada perut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.