Sulit
2 tahun
Keluar lendir semasa mengandung 7 minggu
Boleh terangkan normal ke keluar lendir semasa mengandung 7 minggu ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan pertanyaan anda, kami akan cuba menjelaskan kepada anda tentang gejala lendir yang keluar semasa fasa awal mengandung (7 minggu).
Secara umum, lendir atau keputihan semasa hamil adalah normal, walaubagaimanapun, terdapat jenis keputihan yang boleh menandakan sesuatu masalah. Antara penyebab masalah ini adalah seperti:
- Discaj mukosa
- Plag mukus
- Jangkitan kuman
- Cecair amniotik atau air ketuban yang bocor
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan susulan, terutama jika terdapat darah pada lendir.
Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih