Anonymous
3 tahun
Keluar titisan merah berdarah segar selepas buang air besar
Saya perempuan 20 tahun . Saya sebenarnya sangatlah malu untuk menceritakan hal ini tetapi saya risau dan mula paranoid jadi saya mahu pencerahan dari doktor. Dalam hujung bulan 3 tahun ini saya mengalami sembelit yg agak teruk pada satu hari itu jadi saya teran kuat kuat akhirnya berjaya membuang air besar tetapi selepas itu saya ternampak darah segar warna merah keluar selepas saya sudah membuang air besar tetapi tidak sakit dan tidak pun bercampur darah dengan najis … setelah masa berlalu sehingga hari ini apabila saya membuang air besar saya mendapati terdapat beberapa titisan darah segar merah keluar selepas saya membuang air besar tetapi masih tidak bercampur dengan najis…saya memang kurang minum air kosong kerana tidak sempat hanya minum bila rasa haus sahaja . Saya juga kerap berasa tak selesa perut seperti sebu perut atau rasa seperti masuk angin… saya tidak pernah mengalami masalah ini sebelum ini…saya risau… boleh doktor terangkan pada saya apa puncanya dan kenapa hal ini terjadi dan juga bagaimana ,apa harus saya lakukan untuk merawat masalah ini dan tidak berdarah lagi selepas membuang air besar? harap jawab pertanyaan saya terima kasih banyak.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah buang air besar berdarah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit radang usus seperti Crohn’s dan ulcerative colitis
- buasir
- anal fistula
- diverticulitis
- peptic ulcer disease (bahagian perut luka)
- kanser perut/ usus besar (lazim dalam golongan 50 tahun ke atas)
kebiasaannya dalam kes puan, titisan darah segar yang tidak bercampur dengan najis berkemungkinan datang dari masalah dalam kawasan rektum seperti buasir, anal fistula ataupun kecederaan di sekitar rektum dan anus.
Anda tidak perlu berasa malu, kerana aduan mengenai buang air besar berdarah adalah agak biasa dalam kalangan pesakit. Anda juga haruslah mengambil makanan kaya fiber seperti buah dan sayuran supaya tiada masalah untuk najis bergerak di dalam usus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























