Sulit
6 tahun
Kemaluan di bahagian kulit
hello doktor , saya berumur 18 tahun ( lelaki ) … semalam selepas mandi , saya hendak tidur dengan menggunakan seluar pendek . kemudian saya rasa gatal2 seketika kemaluan saya . saya biarkan . Pagi tadi , ketika saya pergi ke tandas saya dapati kulit tgh dibahagian kemaluan saya bengkak macam membesar tapi takde besar sangat . Apakah puncanya dan ia serius ? 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kemaluan anda bengkak boleh disebabkan:
- Jangkitan kulit (cellulitis)
- Alahan dermatitis - pada kain seluar pendek
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































