
Anonymous
5 tahun
Kemaluan gatal dan berair
salam doktor… beberapa harini mmg ada bisul di bahagian celah kemaluan saya… seakan benjol… kemudian harini rasa mcm gatal… berair… dan pedih… kenapa ye? yg bisul tu mgkin saya silap pakai seluar dalam baru beli haritu agak kecil… yang gatal ni saya tak tahu kenapa… saya dah cuci pun nnti dia gatal lg… berair sikit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gejala-gejala yang anda alami, iaitu:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.