
Sulit
3 tahun
Kemaluan gatal, luka dan berair
Saya natasya berumur 20 tahun, setiap kali saya datang period, period saya tak pernah teratur dan selalu datang 3 4 hari sahaja, selepas 3 4 hari dah tak kluar dah darah haid. Lepas habis period, kemaluan saya terasa gatal" menyebabkan luka dan berair pada bahagian kemaluan. Kadang kemaluan saya keluar lendir berwarna putih dan kuning yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan mengakibatkan tiada keyakinan pada diri sebab takut orang sekeliling berasa tidak nyaman berada bersama saya. Saya harap dapat mencari rawatan sebab tak lama lagu saya nak berumah tangga. Saya risau masalah ini menganggu saya

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kegatalan di bahagian kemaluan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall