
Anonymous
6 tahun
Kemaluan gatal selama sebulan
Saya wanita berusia 20 tahun dan menghadapi masalah kegatalan pada kemaluan selama lebih kurang sebulan

6 tahun
Hai, Selamat sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kegatalan di kemaluan adalah masalah kesihatan yang merimaskan di mana ia boleh menjejaskan wanita dari semasa ke semasa. Biasanya, ia tidak serius dan selalunya disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bahan kimia atau alergi
Gatal kemaluan terdapat banyak sebab termasuklah peluh berlebihan atau tindakbalas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
Jangkitan kulat
Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
Iritasi kulit
Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.