
Sulit
4 tahun
Kemaluan pedih ketika membuang air kecil
Saya wanita 20an. Saya nak tanya kenapa bila saya buang air kecil terasa pedih dan bila berjalan tu rasa tak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemaluan pedih ketika membuang air kecil atau dalam terma perubatan dipanggil dysuria. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan saluran kencing
- halangan pada sistem kencing
- kanser
- batu karang
- Spondyloarthropathies
- trauma
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan dan rawatan yang tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih