
miss.orange.purple
5 tahun
Kembung perut, pening dan sesak nafas
Saya seorang berumur 22 tahun. Baru-baru ini saya kerap kali kembung perut diikuti dengan sesak nafas dan pening kepala terutamanya pada waktu malam. Saya juga tidak boleh makan mengikut sukatan biasa atau saya akan mengalami sakit perut teramat. Saya sudahpun mengelakkan beberapa makanan seperti roti dan sbgnya. Apakah saya patut lakukan bagi mengatasi sakit tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara yang boleh mennyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- dispepsia
- gatroesophagal reflux disease (GERD)
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.