nurulshafira169
5 tahun
Kembung perut , perut berasa keras
saya mempunyai tubuh badan yng besar jdi baru baru ini dalam seminggu saya kerap membuat senaman … selepas seminggu membuat senaman perut saya menjadi tak selesa … bila saya tengok perut sya di hadapan cermin seakan akan mengandung padahal saya belum kahwin … apabila saya tekan perut saya rasa keras … dan tidur pun saya sudah tidak selesa kerana sakit pada bahagian pinggang dan belakang …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom Usus tidak selesa
- organ di bahagian abdomen membesar (Hati membesar, usus tersumbat, buah pinggang membesar)
- alahan pada makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























