atie.izrin12
6 tahun
Kembung perut selepas proses dnc
sy wanita brumur 27 tahun dah berkahwin,sy baru melakukan proses dnc cuci rahim kandungan 8mnggu,selepas dnc perut kembung rase senak mcm gastrik dan demam.selepas dnc darah kluar 2 hari sahaja selepas tu x kluar darah,tp bahagian ari2 sy terasa sakit ketike bjlan dan semasa mmbuang air kecil,doktor scan dn mmberitahu tiada apa?.dn sy risau sbb selepas mkn ubat antibiotik dn tahan sakit keadaan ttp same terase sakit juga.harap doktor boleh jelaskn ,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kembung dapat terjadi akibat beberapa perkara, seperti:
- gastritis
- penyakit keradangan pelvis
- akibat pengambilan suntikan perancang
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























