
Sulit
3 tahun
Kemurungan atau gangguan mental
Saya wanita berumur 20an. Saya nak tanya adakah saya mengalami gejala ocd sebab saya kalau buat sesuatu kerja saya akan pastikan benda tu selalu kemas dan teratur. Sering lakukan perkara yang sama berulang kali untuk pastikan tiada habuk atau kotoran. Contoh kalau nak duduk saya akan tiup atau kebas dulu dan repeat untuk berulang kali. Rasa macam ada sesuatu yang bisik setiap apa saya buat. Saya mudah marah , rasa sunyi , rasa nak jauhkan diri dari semua orang , dan selalu rasa ingin bersendirian. Kenapa dengan saya ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
OCD adalah obsessive compulsive disorder yang mana ia adalah merupakan satu cabang penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan. Dalam Bahasa Melayu, ia juga dikenali sebagai penyakit was-was. Ia terdiri dari dua komponen iaitu obsesif dan kompulsif . obsesif bermaksud terjadinya fikiran yang berulang dan menetap terhadap sesuatu yang dapat muncul bila-bila masa sehingga menyebabkan pesakit berasa resah dan tertekan. Kompulsif pula adalah kelakuan atau perbuatan yang berulang sebagai salah satu solusi untuk meredakan obsesif pemikiran seperti yang terjadi diatas. Justeru, OCD adalah gabungan diantara pemikiran obsesif tindak balas kompulsif.
Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu komponen obsesif dan kompulsif:
Komponen obsesif
- obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan
- Berulang kali memikirkan tentang keselamatan
- Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup suis seterika
- Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan
- Terlalu mementingkan susunan dan simetri
- Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh dikacau
Komponen kompulsif
- Mencuci tangan berulang kali
- Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali
- Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang
- Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas
- Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya baju yang telah lusuh
- Biasanya pesakit sering perlu meluahkan isi hati dikeranakan perasaan insecure yang kuat
- Mempunyai tabiat suka menyenaraikan sesuatu atau membuat checklist sebagai satu cara kurangkan obsesif fikiran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor