
Sulit
4 tahun
Kemurungan stress cemas letih takut gelap panik
Saye berusia 24tahun dah berkahwin & mempunyai seorg anak. Saye sering bergaduh dgn suami , saye selalu menangis sorg diri, kdg2 terpikir nk mati. Kdg2 saye takut sgt saye akan berada diluar kawalan. Saye letih Lagi dokter sbb sye jage mak mentua sye. Suami lansung xmembantu. Saye buntu. Allahu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan kerunsingan yang anda hadapi dan kami juga memahami bahawa anda mengalami gangguan stress dan kecelaruan emosi yang berlaku terhadap anda.
Menurut dari situasi anda, punca gangguan stres anda berkemungkinan besar disebabkan oleh persekitaran anda yang tidak sihat dan ceria. Oleh itu, kami sarankan anda berbuat demikian bagi menangani gejala stres dan gangguan emosi anda iaitu:
- Luahkan perasaan dengan segelintir keluarga atau rakan yang memahami. Lebihkan luahan masa dengan mereka bagi mendapatkan aura yang positif dari mereka yang sedia untuk menjadi peneman.
- Amalkan kepercayaan masing-masing bagi membina kerohanian diri demi keyakinan yang diinginkan.
- Lebihkan senaman. Anda boleh mengamalkan beberapa senaman ringan yang mudah di rumah.
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan kerenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga menasihati anda untuk sentiasa bersemangat untuk melalui hari-hari anda. Yakini bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai kebaikan yang terselindung. Namun sekiranya anda tidak lagi tahan dengan gangguan stres yang anda alami, kami menasihati anda untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih