Sulit
4 tahun
Kemusykilan tentang pil postinor 2
saya wanita berumur 31 tahun…sblm ini sy merancang keluarga dengan cara pengambilan ubat perancang kehamilan 21 biji sebulan…namun sekarang sy sudah tidak mengambilnya lagi kerana sy telah mencuba ubat perancang postinor 2…pertanyaan sy adakah ubat perancang tersebut bole dimakan hari2 setiap kali kita melakukan hubungan intim dengan suami atau hanya bole dimakan seminggu sekali sahaja?atau bole dimakan bila2 masa ketika ingin bersama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat ini tidak digunakan secara rutin seperti pil perancang kehamilan 21 biji. Hal ini kerana, ubat ini boleh mengganggu kitaran haid anda menyebabkan anda haid tidak teratur, haid lewat, haid berlebihan dan sebagainya.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.