
Sulit
3 tahun
Kenalpasti tahap ketinggian result ALT dan adakah ia berkait dengan penerimaan Darah semasa dibedah
Sejak 2014 sy telah melakukan pemeriksaan Darah setelah dpt result didapati positif Hepatitis B,rawatan demi rawatan telah dilakukan teropong, c/scan tetapi bila sy mendapat rawatan teropong hati didapati negetif.Sebelum review jumpa doktor sy akan ambil darah utk kesan tahap ALT dan didapati tahap ALT terlalu tinggi.Pada 2011 sy pernah terlibat kemalangan cedera parah dan buat pembedahan sebanyak 3 kali dan pernah menerima Darah sebanyak 3 pain.Adakah kesan dari sy terima darah didapti keputusan darah untuk result ALT berkaitan dengan menerima darah tersebut.Bila saya review jumpa Doktor ALT masih tinggi walaupun hari hari saya makan ubat.walaupun saya terangkan pd Doktor berkaitan saya pernah menerima Darah seolah2 tiada sangkut paut dgn ALT.3 bulan dari skrg sy akan buat pembedahan utk ambil hati buat kajian dari mana punca ALT tinggi.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.
Justeru kami ingin memohon maaf kerana informasi yang diberikan belum cukup untuk menggambarkan perkara yang sebenar atau kondisi kesihatan puan/cik. Setiap pemeriksaan laboratorium perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Bagi menentukan diagnosis kerja yang paling tepat. Justeru adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor anda yang meminta ujian darah tersebut dilakukan atau berjumpa secara langsung doktor di klinik atau hospital yang terdekat. Disamping itu, setiap lapisan pemeriksaan lazimnya mempunyai doktor pakar masing-masing untuk menilai hasil pemeriksaan-pemeriksaan tersebut.
Umumnya Hepatitis B adalah jangkitan virus Hepatitis yang boleh merosakkan organ hati seseorang sekiranya rawatan susulan tidak diambil dengan baik.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci dari pihak kami perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.