
Sulit
3 tahun
Kenapa hilang deria bau selepas hidung tersumbat dan selsema
Saya wanita berumur 45thn, hilang deria bau 3 hari lps disebabkan hidung tersumbat, selsema dan batuk…adakah saya perlu membuat ujian calitan covid 19? Tp simptom lain xde selain yg saya describe diatas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, KKM mengesyorkan ujian Covid-19 atas mereka yang mempunyai kontak rapat dan bergejala. Namun, anda boleh mendapatkan ujian Covid-19 di klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan kepastian.
Selain daripada jangkitan Koronavirus, ada beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan gejala anda, iaitu :
- Jangkitan virus pada sistem saluran pernafasan seperti Influenza
- Sinusitis
- Alahan
- Polip hidung
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut. Kami juga mencadangkan anda mengamalkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan membasuh tangan dengan kerap.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda berkenaan perkara ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini