
Sulit
4 tahun
Kenapa perlu buat temu janji tp ambil mase lama
Gigi saya dah ngilu sebab tampalan gigi tercabut. Tp nurse kata akan call ttp lama nyaa. Lama mana agaknyaa??
Agak bila klinik gigi utnk kes tampalan n

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bahagian pergigian adalah berbeza dengan perubatan. Oleh itu, pihak kami kurang pasti mengenai sistem yang digunapakai oleh klinik pergigian.
Akan tetapi, secara amnya, temu janji di klinik kerajaan termasuklah klinik pergigian kebiasaannya mengambil masa yang lama. Terutama sekali kerana sekarang kita sedang dalam PKPP.
Oleh itu, sekiranya anda tidak dapat menunggu lama, berkemungkinan anda boleh pergi berjumpa dengan doktor gigi di klinik swasta.
Untuk masalah kesihatan berkaitan perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.