
Sulit
4 tahun
Kencing berbuih yang terlalu kerap
Saya wanita berumur 21 tahun, saya mempunyai masalah kencing berbuih akan tetapi tidak ada simptom2 lain seperti kencing berbau dan sebagainya , hanya sekadar kencing berbuih sahaja, sebelum ni saya ada melalukakn kerja berat di tempat kerja sebagai contoh angkat kotak yg mempunyai kuantiti barang yg banyak yg menyebabkan saya sakit pinggang hingga kini , mohon penjelasan doktor ya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Umumnya kencing berbuih boleh disebabkan oleh kandungan air kencing yang pekat (normal, namun tabiat menahan kencing adalah tidak bagus untuk kesihatan secara umumnya). Justeru, ia juga boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh yang lain, anatranya adlaah:
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- kadar protein yang tinggi
- gangguan buah pinggang
- penyakit batu karang
- dan lain-lain
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).