nurernizazakaria
7 tahun
Kencing berdarah- apa yang perlu saya lakukan
Saya berumur 32 tahun
Saya dimasukkan ke wad baru- baru ini disebabkan oleh masalah kencing berdarah dan ini merupakan kali ke 3…
Finding awal dari doctor saya ada batu karang di buah pinggang
Saya telah membuat CTU dan result menunjukkan batu cuma sebesar 0.2-0.4mm di kedua2 bahagian buah pinggang.
Jadi saya dimasukkan ke hospital semula baru- baru ni adalah disebabkan kencing saya berdarah semula
Result ufeme sy
Blood ++++
Protein +++
Tapi doktor tidak mempunyai apa-apa plan disebabkan batu yg kecil.
Jadi soalan saya, apa yang perlu saya lakukan untuk further investigation
Ke mana saya harus pergi since urin sy masih merah lagi?
7 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dajukan.
Berdasarkan penyataan anda, masalah kencing berdarah anda disebabkan oleh batu karang, yang telah diuji melalui CT urogram. Manakala pretoein dalam kencing boleh disebabkan oleh kecederaan kedapa sel sel buah pinggang.
Anda boleh mengambil langkah langkah seperti meminum air yang banyak dan tidak menahan kencing. Jika pendarahan masih berterusan, anda boleh meminta doktor untuk menyiasat punca punca lain bagi kencing berdarah seperti
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan (coagulopathies)
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!

































