Sulit
3 tahun
Kencing berdarah-apakah penyebabnya
anak saya berumur 12tahun, dlm minggu ni kencing berdarah.ia terjadi pada waktu pagi sahaja semasa bangun dari tidur. dalam minggu ni lebih kurang 3hari terjadi(bukan setiap hari). tetapi 1x sehari sahaja.Dia tidak merasa sakit dibahagian mana-mana pun.cuma kencing sahaja keluar darah.Dalam bulan ni dia belum lagi haid.Apa yang menyebabkan kencing berdarah ini?Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Nephritic syndrome
- Jangkitan saluran kencing
- Batu dalam saluran kencing
- Trauma pada saluran kencing
- Senaman yang terlalu berat
- Benign familial hematuria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kanak-kanak kerana mungkin masalah yang serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.