Anonymous
6 tahun
Kencing Berdarah bagi orang tua
Ibu saya mengalami kencing bercampur darah .berumur 71 tahun dan memakai lampin pakai buang.Ibu pesakit stroke dan kencing manis knonik lebih 40tahun dan on insulin 4 kali sehari.Ini kali ke 3 ibu saya kenxing berdarah dlm masa 6 bulan .Sebelum ini rawatan antibiotik diberi dan pulih dlm masa beberapa hari .Ujian Xray tidak menampakkan dgn jelas ada nya batu karang dan Dr ingin membuat kajian susulan dgn membuat ultrasound.Skrg kami sedang menunnggu tarikh ujian yg akan di buat pada bulan julai akan datang.isu nya masalah kencing berdarah ini berulang lagi bermula ptg semalam dan berterusan sehingga skrg.Sya akan membawa ibu utk rawatan secepat mungkin pgi esok di hoapital terdekat.Mohon Dr beri sedikit penjelasan .Terima Kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Dalam istilah perubatan, darah yang boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil sebagai ‘gross hematuria’,manakala darah dalam air kencing yang boleh dilihat melalui mikroskop ketika doktor menguji air kencing dipanggil sebagai ‘mikroskopik hematuria’.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kencing berdarah, antaranya ialah:
- Hemophilia
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- Penggunaan ubat cair darah (seperti aspirin atau warfarin)
- Sickle cell disease
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)
Oleh sebab ibu anda telah pun mempunyai pelbagai faktor risiko adalah amat dinasihatkan untuk merujuk hal ini dengan doktor supaya rawatan selanjutnya dapat diambil.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

































