Sulit
3 tahun
Kencing berdarah bayu umur 4 bulan
hi, anak saya berumur 04 bulan 5hari. sy ingin bertanyakan mengenai anak sy kencing berdarah. sy tukar lampin dan dapati ada sedikit darah cair dan tidak banyak. kebetulan anak saya punya pusat tidak putus sepenuhnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
- Bagi bayi perempuan, hormon boleh menyebabkan seperti bayi sedang datang haid
- Masalah batu karang
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.