
Sulit
3 tahun
Kencing berdarah selepas beberapa hari period..walaupun sedikit
Sy ika…berumur 33 tahun…sy sakit di perut rasa x selesa di bahagian perut n belakang…dan sy bru period dh hampir 4 hari …tapi sy masih kencing berdarah …walaupun darah haid makin sedikit tapi sy tetap kencing berdarah.ape masalah sy sebenarnya yg blh dokter terangkn…sy tidak rasa sakit apabila kencing…tp berdarah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Luka atau trauma pada saluran kencing.
- Penyakit berkaitan darah seperti Hemophilia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan