
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah yang tidka pekat
saya wanita berumur 20 tahun… saya mengalami kencing berdarah sejak tiga hari lepas. ianya berlaku secara tiba tiba pada malam tersebut, jadi pada mulanya saya rasa kencing tidak puas dan menyebabkan saya berulang alik ke tandas pada malam tersebut… kemudian apabila saya lihat air kencing saya keluar bersama ketulan darah yang kecil, pada sebelumnya air kencing saya hanya keluar sedikit demi sedikit ketika membuang… tapi selepas ketulan darah tersebut keluar(terjadi hanya sekali) air kencing saya mula keluar dalam kuantiti yang biasa dan tidak rasa untuk ulang alik ke tandas. semalam saya lihat air kencing saya berwana kuning tetapi sakit sedikit ketika last kencing dan ada darah sedikit. pada hari ini saya lihat ianya berdarah kembali. saya tidak rasa sakit ketika duduk ataupun buat kerja rumah… ianya hanya terjadi ketika saya kencing sahaja seperti saya maklumkan sebelumya… mohon pencerahan ye

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecderaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.