
Sulit
5 tahun
Kencing berwarna putih jernih
Saya wanita berumur awal 30an. Sejak 2minggu kebelakangan ini setiap kali ke tandas air kencing saya berwarna putih jernih. Memandangkan saya kerap kali berasa pening & hendak pitam kadangkala rasa seperti sesak nafas. Adakah ini normal? Kebiasaan warna kencing normal adalah kekuningan.
Adakah penyakit lain yg menyebabkan air kencing putih jernih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda jelaskan lagi yang dimaksudkan dengan kencing putih jernih. Apakah berwarna putih nanah ataupun jernih tiada warna?
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.